Salam perkenalan kepada semua. Selamat datang ke Tabika Nana. Tabika Nana telah ditubuhkan pada tahun 1985. Merupakan program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 4-6 tahun. Tabika Nana dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya di kawasan yang mempunyai ramai penduduk pendalaman bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi. Disamping itu Tabika Nana juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman diantara mereka. Lokasi Tabika Nana berada di Bandar Kampar. Tabika Nana mempunyai seorang guru yang bertauliah yang telah berkhidmat selama 7 tahun dan seorang pembantu yang berpengalaman selama 3 tahun. Guru juga mempunyai kelulusan diploma perguruan pra sekolah. Tabika Nana mempunyai kemudahan teknologi ICT yang mencukupi bagi kanak-kanak tabika. Tabika Nana juga dipenuhi dengan alat bantu mengajar yang menarik minat justeru dapat meningkat perkembangan pembelajaran kanak-kanak.
Monday, 25 November 2013
Salam perkenalan

Labels:
sejarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment